// Strawberry Cupcake
 Cupcake Lover



Hello World! I'm Miss Cupcake and I'm 21 years young. Just follow me, dear :)


► My Biography
► My Stuff
► My Friends
► My Diary






Template & Skin by : Husnaa.
Big help from : Wani | WHI | C4U | Una


Older Post
BawalShawlScarf (Part 2)
Sunday, February 19, 2017 | 12:00:00 AM | 0 Sweet Cupcake


Hello, I'm back again! Agak laju bukan? Hahaha entah kenapa malam ni tetiba rasa macam rajin sangat nak menaip huhu. Yelah sementara tak buat apa plus duduk goyang kaki kat rumah plus tengah layan drama melayu sambil tunggu dia loading, jadi apa kata aku ber-blogging je lah dulu ;) Seperti yang dijanjikan (erm takdelah 'janji' sangat pun kan), aku akan proceed with things yang aku nak point out. Niat dah ada, harap-haraplah aku tak lari tajuk lagi wakakakaka.

Okay kita mulakan dengan bismillah dulu ye, anak-anak...

1. Tudung itik

Zaman sekarang ni dah ramai gilewsss yang jual tudung. Tak kisahlah retisss ke instafamous ke orang kebanyakan (macam iolls ni), semua nak jual tudung. Tapi bukan aku lah, I'm excluded. Tak pernah terfikir pun nak jual tudung ke baju ke or what-so-ever. Bak kata kakngah a.k.a my sister, aku ni bukan otak bisnes. I've got no interest with that thingy. Bak kata omputih pulak, 'not my cup of tea' haaa gittew! Haritu pernah lah kecoh sekejap gara-gara seorang businesswoman ni jual sehelai tudung sampai beratus-ratus hengget! Netizen cakap mahal gila lah tudung kalis api neraka lah blablabla. Amboi, amboi, amboi! Netizen zaman sekarang ni tak chill lah. Bab nak condemn orang, laju kemahen eh? Memanglah tak dinafikan yang tudung dia tu mahal sampai hakak pun terkezzut hampir sakit jantung, tercekik air liur ni haa tengok harga.

Tapi cubalah kita semua ni bawak bertenang dulu. Istighfar bebanyak and berfikir secara rasional. Tudung dia tu mahal sebab apa? Yes, because of the brand itself. Barang branded kut! Of course lah mahal. Eleh, banyak je local products lain yang mahal. Awat hampa tak hingaq jugak? Besides, tudung tu hampa tau dak depa nak buat punya susah? Guna batu mahei tu kome oi! Swarovski (if I'm not mistaken) kuttt, gila ke nak letak harga murah. Anddd kalau dah rasa tudung si bibi tu mahal bebenor, tak payahlah beli. Kan senang? Takde siapa kan yang paksa suruh beli? Plus, disebabkan ada demand lah dia produce tudung tu. Tudung dia tu semua sold out tau!

2. Tudung saji

Haaa ni lagi satu hal. Tudung saji. No, ni bukan pasal tudung saji yang kat dapur tu ye. Ni tudung saji a.k.a tudung yang 'bukak-tutup-bukak-tutup' (if you know what I mean). Aku taktau lah sama ada aku ni berfikiran kolot atau kampungan sangat ke apa. Tapi erm aku ni agak paranoid sikit bab-bab 'tudung saji' ni. Actually, aku takde masalah pun dengan perempuan free-hair. Sebab aku ada kawan-kawan yang free-hair and I do be friends with non-muslim. Cumanya aku tak faham dengan golongan 'tudung saji' ni. Yes, husnudzhon tu perlu ada. And of course I do that every time aku start fikir those negative things. It's just like, aku agak annoyed dengan mereka ni. Kenapa perlu bukak tudung walhal kau dah constant pakai tudung? Aku boleh faham lagi dengan orang yang pakai tudung untuk certain events such as majlis keagamaan or kenduri. Tapi aku tak faham dengan orang yang dah biasa pakai tudung tuptup bukak tudung, lepastu pakai tudung balik and then being free-hair. And they repeat that sooo many times.

I'm not trying to be judgmental. I just don't get it. Kalau kau dah terbiasa pakai tudung, tak ke rasa awkward bila free-hair? I don't know about you but I do feel awkward. And ada satu hal yang aku nak pesan kepada awak-awak yang bertudung, kalau boleh jangan pakai t-shirt lengan pendek please? Nampak tak cantik tau. Dah elok bertudung tetiba nampak lengan pulak, alahai. Zaman dulu maybe takpe lah sebab ramai yang baru nak berjinak-jinak dengan tudung ni. Tapi sekarang ni dah zaman moden nyah oi. Takkan nak biar zaman je moden sedangkan kita masih di takuk lama ye dok? Aku pun takde lah baik mana, that's why tengah mencuba nak jadi lebih baik plus nak ajak awak-awak semua jadi lebih baik jugak.

3. Tudung ciplak

Point ni lebih kurang macam point nombor 1 tadi haha. Pasal penjualan tudung yang tengah berleluasa sekarang ni huhu. Kepada sesiapa yang nak jual tudung jenama sendiri, before you guys berbuat demikian, please make sure yang korang takde TER-tiru mana-mana design tudung jenama lain. Ni kes berat babe kalau kantoi! Kalau kantoi kang mesti orang tak percaya dah dengan korang sebab ni dah kira plagiarism. Even dah rasa macam design korang tu takde orang lain yang jual lagi, make a double triple check first okay? Yelah kadang-kadang tu kita terlepas pandang kan? Macam ada satu kes yang melibatkan instafamous yang cun-melecun tu lah. Pernah kena 'cop' plagiat design orang lain. I don't know the real story, tapi iolls rasa minah muka macam korea tu tak salah. (husnudzhon kan) For me, dia tu famous kut and boleh dikategorikan sebagai public figure jugak lah. So why on earth dia nak plagiat hasil kerja orang lain if in the end akan kantoi jugak? Malaysia ni tak besar mana lah untuk kau sorok something tu lama-lama. I think she must be already knows about all the consequences before dia jual tudung dia tu.




P/S: Hmm before taip tadi rasa macam banyak gila point nak cakap.